Friday, January 29, 2010

Bapa Kami....





Dulu sangat dekat pada kami…

Sekarang mulai menjauhi kami…

Secara tiba-tiba pindah dan pergi begitu saja…

Seperti ingin melupakan kami…

Walaupun kami tahu ianya kerana tidak sampai hati...


Encik, kami selalu membutuhkan keberadaan encik di sisi kami…

Sebagai bapa..sebagai penjaga kami..

Saat ada kamu, hari kami penuh dengan warna…

Tetapi, sekarang dunia ini hampa tanpamu…

Sudah terlanjur kamu pergi jauh meninggalkan kami…


Kami sendirian di sini.….

Tiada berbapa lagi di sini.....

Kami sedih…

Kami ingin menangis…

Terbayang-bayang.....

Encik yang pernah dekat tapi sekarang sudah jauh dari kami…

Kami tak bisa berbuat apa-apa lagi…

Kami hanya bisa memendam rasa ini…


Ya, kami pernah menyakiti Encik....

Tapi Maafkanlah kenakalan kami....

Maafkanlah kejahilan dan segala noda hitam yang kami beri.....

Tidaklah sejahat mana untuk membiarkan Encik pergi....

Dalam hati kami...Encik bapa kami....


Kami mohon....

Maafkan kami kerana tidak sempat mengutus maaf....

Kami mohon......

Halalkan makan minum kami.....

Berkati segala ilmu yang diberi....

Dan....

Terima kasih kerana pernah bersama kami....


Di Luar hati kami, seperti tidak ada masalah…

Kami tahu Encik seperti itu juga....

Tetapi;

Di dalam hati kami, penuh kesedihan…

Seperti Encik juga...

Sedih…. Karana kamu....

ENCIK HADI yang pernah bersama kami...

Kerana kamu meninggalkan KAMI sendirian…


Tiada kata dapat diluah kerana keegoan selama ini...

Tapi ini benar..kami menyayangi Encik....

Andai sempat kami menyatakan ini;

" Jangan pergi....Encik... "

Encik akan lihat selaut air mata daripada kami....

Tapi kami tahu, Encik sama sekali tidak sanggup melihat air mata kami.....

Maafkan kami hari ini kerana lewat menduga.....



Ikhlas daripada KAMI;

Amirul, Rachel, Flo, Otai, Wanty, Ain, Luqman, Teja, Seri, Jeffrey, Kenneth, Farhana, Azilah, Hidayah, Rina, Nelly, Patricia, Heidi , Helika.


" Semoga Encik sihat dan bahagia selalu di sisi keluarga tersayang....."



Andai ini adalah kenangan, ia tidak akan terkubur......

Pada hari itu, tahun lalu g.... (kenangan Dinner KFC En. Hadi & PISMP KS 09), ya memang agak menghairankan beliau ada mood untuk treat 1 class....ya beliau memang biasa belanja kami, tapi malam tue memang rasa lain..tapi dgn keriuhan kami seclass, rasa lain itu tidak kelihatan...namun dlm hati mmg terdetik sesuatu..ada yg berkata.."kenapa dgn En. Hadi?...gaya dia semacam jak, mcm mo pindah, tinggalkan kita...."...Tapi ia tetap jadi pertanyaan kerana tiada siapa yang bertanya kepadanya..sehinggalah pertanyaan itu menjadi realiti..Sepatutnya, kami memang ada sesi Dinner sekali lagi bersama beliau pada hri ini, Jumaat, 29/01/2010...tapi dgr khabar beliau busy pd hari ini...dan memang itu kenyataannya...beliau sgt sibuk...untuk meninggalkan kami....kami speechless...hanya mampu berkata...
"sampai hati en. tinggalkan kami begini.."

Sunday, January 24, 2010

DEAR MICKEYS; read this for HE.



*utk kebaikan bersama.....ngeee..........

Askar Kemboja, Thailand bertempur

PHNOM PENH: Tentera Kemboja berkata pasukannya bertempur dengan askar Thailand di kawasan sempadan yang dipertikaikan pagi tadi.

Lt Jen Chea Tara, timbalan komander angkatan tentera dan komander lapangan kawasan itu, berkata pasukan Kemboja tidak mengalami sebarang kemalangan jiwa dalam pertempuran di kira-kira 20 kilometer ke timur kuil Preah Vihear.

Katanya, pertempuran bermula apabila askar Thailand menceroboh wilayah Kemboja.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pasangan guru saman pengetua, pegawai pendidikan Kedah RM1.5 juta

ALOR SETAR: Sepasang guru menyaman dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa dianiayai menyebabkan mereka menghadapi masalah mental dan tekanan yang dahsyat.

Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd Rozi, 38, menamakan Munajat Tamrin sebagai defendan pertama manakala Noriah Murad dan Abdul Aziz Hanifa, masing-masing defendan kedua dan ketiga.

Mohd Afandi selaku plaintif pertama munajat dan isterinya plaintif kedua mendakwa wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tunku Ibrahim dimasyhur


TUNKU Ibrahim membaca watikah pemasyhuran baginda sebagai Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru.

Almarhum Sultan Iskandar dimakam penuh istiadat

JOHOR BAHRU: Sultan Ibrahim Ismail dimasyhurkan sebagai Sultan Johor kelima di Istana Besar di sini, semalam, menggantikan ayahandanya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat di Hospital Pakar Puteri, kelmarin.

Pelantikan Sultan Ibrahim Ismail dilakukan mengikut Fasal 8 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Johor Darul Takzim dan Jajahan Takluknya.


Sumber: Berita Harian....buleh dipercayai & muthakhir.

SEKIAN.


Tuesday, January 19, 2010

Elaun, elaun,elaun, bilala mau keluar

Ada desas desus mengatakan bahawa elaun akan keluar pada bulan 3, rasa macam mau pingsan saja bila dengar, mau makan apala tu sampai bulan 3, dan tiba2 plak ada mengatakan bahawa elaun akan keluar pada hari rabu minggu ini, tapi itu pun belum pasti.

Apa yang pasti waran sudah sampai pada jumaat lalu, bukan waran tangkap a, tu waran untuk membayar elaun kepada pelajar2 IP Tawau. Timbalan telah menunjukkan sendiri waran tersebut kepada YDP JPP, ini maknanya berita itu adalah sahih di antara berita2 yang tidak sahih sebelum ini.

Tunggu,tunggu dan tunggu, tu sajalah kita buli bwat,nanti dah kuar pandai2la berbelanja.jangan elaun baru kuar seminggu sudah mau tanya elaun untuk semester depan, apa punya pandaila tu soalan hehhehehe.

Selamat, Selamat, Selamat berUB

Bagi Kumpulan PISMP ambilan Januari 2009, pilihan untuk UB sem ini dan sem depan ialah KRS dan pengakap,bagi kumpulan PISMP PS dan SNS, mereka telah dianugerahi baju kelabu iaitu pengakap, manakala dua kelas lagi iaitu Prasekolah dan PML telah dianugerahi baju hijau iaitu KRS.

Selamat berjuang kepada c baju kelabu dan hijau, rajin2lah nanti pakai baju UB pada setiap hari rabu, bermula dari 7.30 pagi hingga 5.00 ptg, adui, rajin gilak.

harga bagi seragam kelabu perempuan ialah RM175 tidak termasuk tudung dan kasut
untuk lelaki kurang pasti, tp yang pasti lebih murah dari baju perempuan la, ini tidak adil, hehehhehe, bergurau sajak bah.

selamat berUB

Thursday, January 7, 2010

BERITA TERBARU

Pihak IPGM Kampus Tawau telah menetapkan bahawa elektif dua bagi kelas PISMP PS JAN 09 ialah

PENDIDIKAN SENI VISUAL

sgt menyedihkan, kerana hampir 80% pelajar kelas ini, tidak ada langsung bakat untuk subjek ini, hahahahhaha, apa bulih buat, sabar sahaja, dan menerima dengan redha.

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010



ucapan selamat tahun baru 2010 ditujukan kepada semua umat manusia, hehehe dan khasnya kepada pelajar2 PISMP PS O9 dan semua pensyarah serta warga IPGM kampus Tawau.